Aku ada blog baru.

⊆ 1:43 PG by Remie Ramli @ Remie | ˜ 0 ulasan »

Kepada semua pelawat,ini blog baru saya yang menggantikan blog ini.http://www.lemasdidarat.blogspot.com/

 

Pengumuman

⊆ 9:26 PTG by Remie Ramli @ Remie | ˜ 0 ulasan »

Dengan ini.Blog ini akan di tutup kerana saya sebagai tuan punya blog ini sudah malas nak membuat post baru lagi.Harap maklum.

 

AKU tak keruan

⊆ 7:43 PG by Remie Ramli @ Remie | ˜ 0 ulasan »

Aku rasa aku makin tak berapa betol.

 

Bukan bererti kalah atau kecewa

⊆ 3:16 PG by Remie Ramli @ Remie | ˜ 0 ulasan »

Jika perlu,aku akan berundur.Demi sesiapa,asalkan mereka gembira dan mendapat apa yang mereka cita dan idamkan.Aku tidak kisah berlalu pergi,jika itu sudah meminta aku untuk pergi walau tiada suara yang jelas meminta aku pergi,aku tahu mereka mahu aku pergi,cuma mungkin mereka malu menyatakannya.Siapa mereka?Mungkin ada dikalangan mereka.Aku bukan buta hati dan buta mata.Jika mahu,aku akan pergi.Tanpa berkecil hati dan sangsi.Kerana aku sentiasa begini.Aku sedar siapa aku,tidak perlu bagitahu.Bumi aku pijak ini,aku terasa panas mentarinya.
Aku sedar,aku berbeza.Aku akan mengasingkan diri dari mereka.
Aku sanggup korbankan apa sahaja,demi kebahagian mereka.Apa sahaja.Mereka tidak perlu gusar.
Tapi mereka perlu tahu yang aku tidak menyalahkan mereka.Kerana aku tidak mahu menafikan hak dan perasaan mereka sebagai manusia dan paling penting,aku berundur bukan tanda aku kalah atau kecewa.





Aku mengenang nasibku
Di atas pantai berduri
Keadaannya seperti yang kau mampu
Langit ku capai menginginkan
Suatu perubahan
Tapi sikap mu seperti awan yang mendung
Menutup sinar ku

Tiada tangisan, untuk nasibku
Yang masih belayar
Tiada manisnya
Dengan janji manis mu itu
Yang penuh maksud tersirat

Apa yang ku harap
Kau menghina dan membisu
Namun, ada yang tersedar, dari mimpimu
Seperti hujan turun ke laut
Membawa keikhlasan
Pada diriku, itulah sinar yang ku cari
Disebalik awan yang mendung

Tiada tangisan, untuk nasibku
Yang masih belayar
Tiada manisnya
Dengan janji manis mu itu
Yang penuh maksud tersirat

 

Masalah yang mendatangkan problem

⊆ 9:48 PG by Remie Ramli @ Remie | ˜ 0 ulasan »

Aku ada masalah.Tapi masalah aku tu aku tak tau nak share macamana.Dengan siapa?Dimana?Dan paling penting,bagaimana?Aku tak nak share dengan awek aku sebab aku tak nak libatkan dia.Korang nak tau apa masalah aku?Dah sedia nak dengar?


Masalah aku ialah aku memang tak ada apa masalah pun.
Jadi aku kena cari masalah untuk diselesaikan.

 

Hai..Nasib badan....

⊆ 9:38 PG by Remie Ramli @ Remie | ˜ 0 ulasan »

Salam mahasiswa,salam aspirasi,salam sosialis!Ini Remie nak bersuara!Hari ni aku keluar nak renew roadtax Keta Old school aku.Bila aku gi kedai tanya bout insurans,dia kata keta aku lebih 20 tahun.So,pihak insurans tak nak cover lagi.Pening kepala aku.Aku kata la yang keta tu ok lagi.Condition dia tip-top.Jarang rosak dan casis dia still kukuh lagi.Aku punya kecewa la tadi.Dalam kecewa,aku leh rasa panas lagi.Panas hati la.Ni semua kapitalis punya pasal.Dasar kerajaan yang ditunjangi oleh Kapitalis yang bernama Proton yang sentiasa berusaha melariskan besi buruk diaorang bernama proton persona,satria neo,dan si hodoh bernama exora.Kenapa aku kata semua keta ni besi buruk?Sebab aku selalu lepak kat used car,jadi aku tau apa yang berkualiti.Sapa berani nak lawan aku pasal keta?Aku tak pandang hina kereta nasional.Aku pun guna perodua kembara atau Daihatsu Terios N/A dan bakal guna Besi buruk bernama saga BLM.Terus-terang la aku kata,kebanyakkan kereta tempatan ni kurang kualiti kerana pihak pengeluar lebih mementingkan kuantiti dari kualiti.That why keta tempatan,kalau kemalangan,gerenti mati driver dia.Aku nasihatkan sapa nak beli keta tempatan,fiqir-fiqirlah dahulu.Kalau sesapa nak beli satria neo kononnya power dan sporty(yang kena titik dengan Nissan Sunny tahun 1986 aku masa naik bukit genting),baik korang beli Satria GTI..Walau secondhand pun kualiti dia aku gerenti korang puas hati.Atau sesapa nak beli exora,baik korang beli toyota avanza atau mitsubishi Grandis.Aku lebih minat model limited edition proton macam satria GTI,putra,perdana,waja 1.8 dan wira 1.8.Casis lebih kukuh dan jarang meragam.Tujuan diaorang nak lupuskan kereta lama ni supaya rakyat malaysia boleh berhutang lagi kat bank dengan membeli kereta baru.Kita dimomokkan dengan iklan dan kempen bodoh supaya kita terpengaruh.Promosi yang menguntungkan tetapi merugikan seperti tak perlu down payment dan ansuran mudah selama 9 tahun,kalau korang beli perodua viva dengan loan 9 tahun,habis korang bayar jek,keta korang dah jahanam.

Diaoarng ni(kapitalis),fiqir semua orang mampu kew nak tukar ganti keta tiap tahun?Diaorang ni nak semua orang hidup untuk bayar hutang jek.Diaorang tak fiqir kew orang-orang berpendapatan rendah yang hanya mampu pakai keta lama?Bukan semua orang kaya.Dah la minyak makin mahal.Kos sara hidup makin tinggi.Orang pakai keta lama ni kadang-kadang diaorang tak nak berhutang lagi.Yela,keta elok lagi,hutang dah abis,buat apa nak berhutang lagi?Hutang itu satu beban!Walau dunia semata-mata..

Bila orang beralih kepada public transport,diaorang naikkan harga tambang plak.Rakyat makin tersepit.Nak jadi macam jepun,nak ikowt dasar diaorang tapi tak nak buat macam jepun.Jepun jaga kualiti sebab tu rakyat diaorang tak kisah tapi yang kat sini penting poket diaorang sendiri.Agaknya duit banyak-banyak tu nak bayar mungkar nangkir dalam kubur tu bila dah mati.

Dah la asyik nak halang orang nak modified keta.Kononnya merbahaya.Tapi aku tengok keta yang standard skema yang dipandu pemandu skema yang banyak hancur bersepah kat jalan.Aku tak penah tengok keta pun modified yang accident sepanjang hidup aku.Ade pun 1:10 la yang jadi.Tu pun budak skema baru kenal turbo.Duit orang beb!Korang gak yang untung!

Ini bukannya rasional emosional.Ini realiti.Tepuk dada,tanya selera.Tak faham,xpe.Aku tak kisah.

 

Apa punya tur..

⊆ 12:46 PG by Remie Ramli @ Remie | ˜ 2 ulasan »

Hahahaha.Hari ini aku nak mengutuk..Aku bengang la dengan budak-budak universiti ini.Tak pernah nak fiqir jauh.Setakat tu jek.Bila tanya,jawapannya ialah MALAS..Aku tengok deme ni pandai dari aku.Pointer exam always 3 keatas.Aku sedar la aku ni kurang bijak dari diaorang dan mungkin aku tidak berhak cakap macam ni pada diaorang kerana mungkin diaorang ni golongan elit.Hahahaa

Tapi selaku manusia,aku nak ingatkan jek..Bukan apa,sama-sama mengingat.Betul tak?Aku sedar aku kurang bijak tapi aku risau aku ni esok yang pijak diaorang balik.Takpekan?Bila tanya,nak jadi apa lepas grad?Nak jadi PTD(pegawai takbir diplomatik).Sebab apa,nak gi oversea.Dalam hati kecil aku yang hina ni,berfiqir,benda lain diaorang tak nampak kew?Tak ade niat nak bantu sesama manusia.Nak hidup mewah.Terkenal dan berstatus kelas tinggi.Bila grad jek,terus nak jadi boss.Mana boleh adik-adik.Kena mula dari bawah..Silap hari bulan,pegawai dipijak orang bawahan.Kenapa?Orang bawah banyak pengalaman.Ilmu yang paling berharga dari ilmu akademik.Ilmu akademik itu panduan sahaja.Merangkak sebelum bertatih.

Disini aku nak tinggalkan soalan,apa yang menghalang mahasiswa dari berfiqir keluar dari fakta yang ada pada buku?Tolong komen..Kalau salah pendapat saya pun,tolong tegur..Jangan malu dan segan.Kita sama-sama belajar.