Di Akhir Kaki Melangkah

Lama aku tak sumbatkan ruang blog ini..Buka apa,agak singkat waktu senggang aku di kampus ni..Jadi jiwa pun agak kacau sikit..Dalam tempoh itu juga,aku ada exam..Agak tunggang-langgang gak la hidup aku.Ada masalah sikit..Tapi syukurlah segalanya selamat setakat ini..Ah!lupakan kisah sedih..Life must go on..Aku ini bukan si pujangga yang pandai berkata-kata dan mampu membuat si gadis tidak tidur lena,aku insan kerdil yang hina,cuba untuk menongkah arus dunia,siapa aku bukan siapa..
Well,dah tahun 2 aku di USM(A) ni..Sudah setahun aku kat sini..Disini juga perjuangan aku ke realiti dunia bermula,disini juga aku mengenali ramai orang yang mempunyai pelbagai watak dan ragam..Syukri dengan loyar buruk seriousnya,Para dengan bilik bersepahnya,nasaie dengan sikap Blurnya,rusdie and kak bell geng sipalat-palat mereka yang chaos(tapi aku ska kwn ngan diaorang),bro sharil yang penuh idea yang hebat dan banyak membuka mata aku di tentang erti perjuangan disamping beliau banyak membantu aku dalam study dan sekadar menyebut beberapa nama..Tapi ada seorang yang lagi yang aku takkan sebut nama dia tu coz aku suka dia tu tapi ada sebab aku aku tak sebut nama dia..Huhuhu..Siapa dia?Biarlah rahsia.Umpama siti NurHaliza merahsiakan cintanya dengan Orang tua..Ahahahaaahaaa...Tanpa mereka,tidak adalah warna-warni dalam kehidupan aku..

Wahai Kawan-kawan sekalian..Tiada intan permata aku dapat berikan,Terima Kasih kerana sudi mewarnai hidup aku sepanjang setahun di USM(A) ni..Kepada yang sudah tamat pengajian tu,selamat berjaya dalam kehidupan baru anda di luar..Doa aku mengiringi kalian semua..Kepada yang masih kekal bersama aku di USM(A) ni,selamat berjuang dengan otak dan keringat anda..Semoga berjaya..

 

2 Responses to Di Akhir Kaki Melangkah

  1. Tanpa Nama Says:
    Steady bruder! Sidang depan kita kasi gegar USM!
    BUTTERFINGERS - BEBAS
    enjit enjit semut siapa sakit naik atas
    arus pemodenan kian deras
    pastikan kita tak lemas

    enjit enjit semut siapa sakit naik atas
    jangan ketinggalan nanti kita melepas
    kita semua perlu tekad

    sampai bila dibelenggu
    hidup tanpa ragu2
    tanah tumpahnya darahku

    enjit enjit semut siapa sakit naik atas
    usah buang masa itu emas
    lupakanlah yang dah lepas

    sampai bila dibelenggu
    hidup tanpa ragu-ragu
    tanah tumpahnya darahku

    biar apa pun terjadi
    saya tetap disini
    menghapuskan dilema ini

    enjit enjit semut siapa sakit naik atas
    arus pemodenan kian deras
    pastikan kita tak lemas
  2. GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr Says:
    siapakah yg dimaksudkan ala-ala siti nurhaliza dgn datuk k tu??

    adakah "teman" itu?? hikhik...

    yg pasti bukan si gadis yg membeli perfume itu kan?? hehehe