Luahan aku

⊆ 7:08 PG by Remie Ramli @ Remie | ˜ 2 ulasan »

Aku selalu dengar orang selalu kurang ajar ngan mak diaorng..Lagi2 bila dah lupa diri kalu dah berjaya,aku paling anti orang mcam ni..Kadang-kadang aku rsa nak akhirkan nyawa dia orang di hujung pistol dan mata pedang aku jek..Aku paling benci orang macam ni..Bagi aku,buruk-buruk pun,mak kita..Diaorang lahirkan kita..Darah dan daging kita ni dari tubuh mereka..Nape perlu membenci mereka..

 

Dah hari ibu rupanya..

⊆ 6:15 PG by Remie Ramli @ Remie | ˜ 0 ulasan »

Emm..Selamat hari ibu kepada semua ibu-ibu di dunia ini.Terutama kepada mak aku..Tu pun kalau dia baca blog ni la..huhuhu..Ibu,insan yang amat rapat dengan diri kita..Sentiasa disisi kita walau kita susah atau senang..Survival mereka melahirkan dan membesarkan kita merupakan perkara yang tak mampu kita bayar walau dengan selautan wang dan intan berlian..Tanpa mereka tiadalah kita di dunia ni.
Secara jujurnya,aku tak pernah memberikan hadiah berbentuk kebendaan kat dia..Kerana beberapa sebab..1st,aku tak keja lagi and aku bergantung kepada duit yang diaorang bagi..Buat apa aku beli hadiah for dia sedangkan guna duit yang dia bagi sendiri walau duit tu dia bagi kat aku.2nd,mak aku memang tak nak pun..Dia penah pesan ngan aku,"mak tak perlukan semua tu"..3rd,bagi aku,hadiah meterial bukan bererti tanda kita sayang ngan dia..Ada cara lain yang kita boleh tunjukkan kat dia.
Entahla..Aku sendiri penah cakap ngan dia.Aku tak penah bg apa2 kt dia..Tak macam orang lain..Bagi hadiah msa hari ibu dan sebagainya..Tapi dia jawab,ada hadiah yang paling berharga yang aku bagi kat dia iaitu,kelahiran aku,kejayaan aku dan kegembiraan aku..Aku ingat lagi,bla aku call dia bagitau keputusan spm aku,dia menangis happy..Walau resault aku tak seberapa,tapi itu dah buat dia gembira dan bersyukur sangat..Bla aku dapat UMS and USM,aku tengok dia gembira sangat..Dia kata,tercapai impian dia tengok aku masuk universiti..Sekarang impian dia nak tengok aku naik pentas amik ijazah..Tu la impian dia skunk..Kalau nak tau,ari tu Bukit Aman ada call aku suruh aku lapor diri masuk latihan kt pulapol KL..Jawatan inspektor polis..Memang masa aku temuduga dulu, mak aku tak restu masuk polis tapi akhirnya mengalah kerana itu cita-cita aku..Aku berkira-kira dan akhirnya aku tolak tawaran tu..Bukan apa,aku nak tunaikan impian mak aku dulu...Sekurang-kurangnya aku berkorban demi dia walau pengorbanan aku ni tak mampu membayar sedikit pun pengorbanan dia kat aku..
Ramai orang tanya aku,kenapa aku keluar suksis..Orang kata aku pengecut..Tapi hakikatnya,aku korbankan suksis dan dunia polis ni demi mak aku..
Setiap malam aku berdoa,mintak kat tuhan supaya panjangkan umur mak dan bapak aku..Supaya dapat melihat aku menggenggam ijazah..Dan aku sentiasa gusar dan bimbang,kerana aku takut impian dan harapan ini tinggal kenangan sahaja..Atau lebih teruk dari ni...

 

Merah VS Biru!!!!!!!!

⊆ 7:43 PG by Remie Ramli @ Remie | ˜ 0 ulasan »

Haahahahaha..Tentu pelik tajuk blog aku ni..Tujuan aku bukan nak menghina sesapa pun..Tapi kalau dah terasa,tak boleh buat apa la..Hak masing-masing..Aku tak nak menafikannya..HUHUHU..Ni pengalaman aku sendiri..Ni berlaku diantara 2 pihak iaitu,pihak biru dan merah..Aku berada di pihak biru la..Tapi nampaknya lebih kepada pihak putih yang neutral(pihak yang berkecuali)..AKu tak mahu yang memihak kepada dua-dua pihak ini..Terlebih dahulu,aku nak bercerita tentang pihak merah ni..Diaorang ni bagi aku sejenis parasit/penghisap darah/perosak/kutu...Diaorang ni nampak baik dan naif..Tapi hakikatnya banyak implikasi dan radiasi yang mereka bawa..Aku bukan tuduh melulu..Tapi aku nampak dengan mata kepala sendiri..Saban hari media tempatan sering memaparkan tentang golongan merah ini..Implikasi mereka terhadap negara kita ini..Terutama isu sosial mahupun isu lain..Aku usha tengok la,isu tentang puak merah ni tak pernah atau takkan selesai agaknya..Seolah-olah menjadi tuan kepada si pemerintah dan si pemerintah adalah hamba mereka..Ini kerana seolah-olah si pemerintah tunduk kepada mereka..Pihak merah ini sebenarnya golongan orang asal..Diaorang gunakan segala kelebihan yang ada..Ha..Part ini,aku memang respect diaorang..Diaorang bijak.Macam orang yahudi..Bijak memanafaatkan segalanya..Ni aku tulis guna pengalaman sendiri la,jangan marah tau..Diorang ni bukan orang asal sesuatu tempat tu..Diaorang pun ada tanah air sendiri.. Tapi entah la..Dulu aku pun selalu dihina oleh anak-anak puak merah ni..Kononnya aku ni tak sama standard macam diorang..Tapi aku tak kisah coz aku tau aku ni lebih tinggi darjat dari diaorang walau aku tak kaya macam diaorang..
Puak biru pulak,nampak gah..Mereka hebat..Mereka suka bertindak seolah-olah mereka mengawal dunia..tapi hakikatnya mereka suka bertindak melulu dan kadang-kadang terkeluar dari buku..Orang dari pihak ni,memang baik..Mereka sentiasa menghulurkan bantuan kepada orang kesusahan terutama pihak merah kerana berteraskan persaudaraan seagama dan serumpun bangsa dan tanpa mereka sedari mereka dieksploitasi habis-habisan..Kesian..Mereka juga banyak mengeksploitasi pihak merah bagi kepentingan mereka..Pendek kata deme berdua ni saling berbalas-balas mengeksploitasi antara satu sama lain..

Peh..Setakat ni jek la ulasan aku..Malas aku nak kutuk lebih-lebih..
Buat penat jek..

 

Saat paling sukar bagi aku...

⊆ 7:28 PG by Remie Ramli @ Remie | ˜ 0 ulasan »

Well..Saat mendebarkan bagi aku kembali lagi jumaat ni..Apa dia?Sukar untuk aku ungkapkan..Cuma orang-orang tertentu sahaja yang tau.Tu pun aku terbagitau secara tidak sengaja.Emm...aku pun tak tau nak kata apa..Just aku harap aku makin tabah and sentiasa berdoa semoga semuanya sentiasa selamat..Berat betul dugaan aku..Makin dewasa diri ni,makin berat beban yang aku rasa.Tapi aku tak pernah menyesal walau sebesar zarah pun aku tak pernah menyesal..

 

AuKu?

⊆ 8:33 PTG by Remie Ramli @ Remie | ˜ 0 ulasan »

Sepanjang aku kt universiti,aku tengok student asyik-asyik sebut about AuKu(akta universiti dan kolej)..Deme kta benda ni menghalang kebebasan student di Universiti..Emm..setiap orang punyai pendapat sendiri tentangnya dan aku tak nak menafikan hak mereka...Tapi aku pun ada hak yang tidak boleh dinafikan..Hahahaa...
Ni pendapat aku tentang benda ni..Bagi aku la kan,benda ni bukan penghalang sebenarnya..Bagi aku lagi,kalau kita buat sesuatu,halangan mesti ada dan perlu kita hadapi..Macam gak auku ni..Aku bukan nk menghasut la..Jangan pulak ada yang nak antar aku ke kemunting nanti..Hahaha..
Relex la..Ni pendapat aku..Lain orang,lain caranya..kalau Kita serius nak buat something,kita tak kira apakn?Macam kita ni..Macam kita ikowt sangat hukum yang paling wajib kita ikut iaitu hukum agama..Macam puasa tu penuh sebulan masa bulan ramadan(Kecuali pada golongan yang uzur da golongan yang terlibat secara langsung atau tidak)?macam sembahyang 5 waktu sehari(Sama seperti kecuali orang-orang yang tergolong masa bulan puasa tadi)?Ada tak?Kalau ada bagus la..Aku memang respect la anda macam tu..Harap juga anda ikhlas melakukannya..
Ha..Berbalik pada tujuan asal aku bukak cite pasal benda ni,aku tengok orang lebih takut pasal hukum dunia(AuKu) dari hukum akhirat(dosa tak solat)..Bagi aku gak,kalau tak buat satu,baik toksah buat semua..hahaahahah
Tapi yela..Manusia tidak sempurna..Aku pun sama..Ayat aku memang lintang-pukang..Apa leh buat..Jadi Renung-renungkan la..Nantikan ulasan yang ke2...

 

Di Akhir Kaki Melangkah

⊆ 8:19 PTG by Remie Ramli @ Remie | ˜ 2 ulasan »

Lama aku tak sumbatkan ruang blog ini..Buka apa,agak singkat waktu senggang aku di kampus ni..Jadi jiwa pun agak kacau sikit..Dalam tempoh itu juga,aku ada exam..Agak tunggang-langgang gak la hidup aku.Ada masalah sikit..Tapi syukurlah segalanya selamat setakat ini..Ah!lupakan kisah sedih..Life must go on..Aku ini bukan si pujangga yang pandai berkata-kata dan mampu membuat si gadis tidak tidur lena,aku insan kerdil yang hina,cuba untuk menongkah arus dunia,siapa aku bukan siapa..
Well,dah tahun 2 aku di USM(A) ni..Sudah setahun aku kat sini..Disini juga perjuangan aku ke realiti dunia bermula,disini juga aku mengenali ramai orang yang mempunyai pelbagai watak dan ragam..Syukri dengan loyar buruk seriousnya,Para dengan bilik bersepahnya,nasaie dengan sikap Blurnya,rusdie and kak bell geng sipalat-palat mereka yang chaos(tapi aku ska kwn ngan diaorang),bro sharil yang penuh idea yang hebat dan banyak membuka mata aku di tentang erti perjuangan disamping beliau banyak membantu aku dalam study dan sekadar menyebut beberapa nama..Tapi ada seorang yang lagi yang aku takkan sebut nama dia tu coz aku suka dia tu tapi ada sebab aku aku tak sebut nama dia..Huhuhu..Siapa dia?Biarlah rahsia.Umpama siti NurHaliza merahsiakan cintanya dengan Orang tua..Ahahahaaahaaa...Tanpa mereka,tidak adalah warna-warni dalam kehidupan aku..

Wahai Kawan-kawan sekalian..Tiada intan permata aku dapat berikan,Terima Kasih kerana sudi mewarnai hidup aku sepanjang setahun di USM(A) ni..Kepada yang sudah tamat pengajian tu,selamat berjaya dalam kehidupan baru anda di luar..Doa aku mengiringi kalian semua..Kepada yang masih kekal bersama aku di USM(A) ni,selamat berjuang dengan otak dan keringat anda..Semoga berjaya..

 

Kembara Seniman Jalanan

⊆ 8:34 PG by Remie Ramli @ Remie | ˜ 1 ulasan »

Kembara Seniman Jalanan(bukan keta kembara aku),aku teringat kandungan blog saudara noxarsenic yang menyebut tentang filem ini dulu,watak utama dalam filem ini adalah M.Nasir sebagai Bujang dan Pian Habib sebagai Osman..Filem ini mengisahkan survival seorang penghibur yang mempunyai matlamat perjuangannya sendiri disamping mengejar cita-citanya.Bermula perjuangan dari jalanan sehingga menjadi ikon kepada masyarakat.Itu bukan satu kejayaan yang kecil dan mudah diperolehi oleh sesorang.
Bila aku tengok filem ini(aku peminat filem2 era 70an dan 80an),aku dapati,setiap filem itu mempunyai mesej tersendiri.Ia banyak memaparkan survival masyarakat ketika itu.
Bila aku fiqir2,aku pun nak rasa pengalaman macam tu,bermula dari insan yang kecil,sehingga menjadi orang yang hebat..Hahaha..Begitu besar angan-angan aku.Tapi siapa yang tahu pada zaman akan datang.Permulaan hidup aku ini,hampir sama dengan jalan cerita ini.Adakah akhirnya juga sama?

Berjalan di tanah gersang

Mentari mencekam dada

Debu-debu di jalanan

Menjadi teman setia

Tiada lain tujuanku

Hati emas yang ku cari

Kisahnya di hujung dunia

Mengapa tak ku temui

Oh! terdengar suara halus

Bagai dengar dan menghilang

Katanya pulanglah oh! anakkuIa tiada di sini

Kembara

Puas sudah ku mengembara

Ke mana perginya

oh! cahaya

Mencari hati emas bukannya mudah

Di masa kini adakah kau peduli

Mungkinkah dikau miliki

Hati emas murni suci

Inginku menjadi sahabatmu

Hingga akhir hayat nanti

Kembara

Puas sudah ku mengembara

Ke mana perginya

oh! cahaya

Mencari hati emas bukannya mudah

Mungkin selamanya takkan aku temui

Lirik lagu Hati Emas Oleh M.Nasir