Bukan bererti kalah atau kecewa

Jika perlu,aku akan berundur.Demi sesiapa,asalkan mereka gembira dan mendapat apa yang mereka cita dan idamkan.Aku tidak kisah berlalu pergi,jika itu sudah meminta aku untuk pergi walau tiada suara yang jelas meminta aku pergi,aku tahu mereka mahu aku pergi,cuma mungkin mereka malu menyatakannya.Siapa mereka?Mungkin ada dikalangan mereka.Aku bukan buta hati dan buta mata.Jika mahu,aku akan pergi.Tanpa berkecil hati dan sangsi.Kerana aku sentiasa begini.Aku sedar siapa aku,tidak perlu bagitahu.Bumi aku pijak ini,aku terasa panas mentarinya.
Aku sedar,aku berbeza.Aku akan mengasingkan diri dari mereka.
Aku sanggup korbankan apa sahaja,demi kebahagian mereka.Apa sahaja.Mereka tidak perlu gusar.
Tapi mereka perlu tahu yang aku tidak menyalahkan mereka.Kerana aku tidak mahu menafikan hak dan perasaan mereka sebagai manusia dan paling penting,aku berundur bukan tanda aku kalah atau kecewa.





Aku mengenang nasibku
Di atas pantai berduri
Keadaannya seperti yang kau mampu
Langit ku capai menginginkan
Suatu perubahan
Tapi sikap mu seperti awan yang mendung
Menutup sinar ku

Tiada tangisan, untuk nasibku
Yang masih belayar
Tiada manisnya
Dengan janji manis mu itu
Yang penuh maksud tersirat

Apa yang ku harap
Kau menghina dan membisu
Namun, ada yang tersedar, dari mimpimu
Seperti hujan turun ke laut
Membawa keikhlasan
Pada diriku, itulah sinar yang ku cari
Disebalik awan yang mendung

Tiada tangisan, untuk nasibku
Yang masih belayar
Tiada manisnya
Dengan janji manis mu itu
Yang penuh maksud tersirat

 

0 Responses to Bukan bererti kalah atau kecewa