Apa erti kemerdekaan bagi orang asli?

Sempena hari kemerdekaan yang ke-52 ni,aku pun nak menulis gak tentang kemerdekaan ni.Okla,aku tulis ni lebih mewakili kaum aku orang asli semenanjung.Ramai orang tak tau sapa aku sebenarnya.Aku Orang Asli semenanjung malaysia dari suku kaum Semelai(Banyak terdapat di daerah Bera,Pahang dan di beberapa daerah di Negeri Sembilan.),bukan islam walau awek aku melayu beragama islam.Hahahaha..Selingan jek..Walau macamana pun,aku lahir dan dibesarkan di Gombak,Selangor,Kuala Lumpur(Parent aku jek asal pahang tapi keje kat KL)..Ok,back to the route.Senang cite kalau ikowt sejarah KBSM(Meminjam kata-kata Teh Tarik Gelas Besar),yang tuntut merdeka adalah orang melayu,india,Cina sahaja.(Semua orang tau)Manakala kaum lain tak tercatat pun(Maybe dilupakan atau memang takde pun).So,secara sedar atau tidak,kaum aku tidak ada kena-mengena dalam menuntut merdeka negara ini dari British (kecuali dalam mempertahankan kemerdekaan dari anasir macam komunis dan subversif yang lain dimana kaum aku banyak dalam Regimen Ranger DiRaja,Kor Risik DiRaja dan PDRM dalam unit 69 Komando,Pasukan Polis Hutan(Sekarang Pasukan Gerak Am Batolion 3 Bidor dan Batolion 18 Pengkalan hulu(Kroh) ataupun zaman dulunya lebih sinonim dengan Senoi Praq(Maroon Beret),regular unit(polis biasa) dan Special Branch(Siapa diaorang ni?)).
Aku cakap ni bukan aku nak tuntut apa-apa dari sesiapa.Aku cuma nak sedarkan sesapa yang tak sedar.Hakikat disini,Orang Asli tak merdeka lagi...Maybe Tunku dulu lupa kowt..Memang kaum aku duk dalam hutan,tak bertamadun.Tapi kalau nak tau,kami pada zaman 40an tu dah tak pakai cawat lagi dan ada yang gi sekolah(Atok aku leh baca jawi lagi and skunk umur dia 79).
Atau(sorry kawan-kawan sekalian,Aku terpaksa bersuara) Tunku takowt?Kenapa tak ajak kaum aku berunding sekali ngan British masa nak tuntut merdeka?Takowt dengan bayang-bayang sendiri..Okla,aku malas nak mengarut lagi.
Kata-kata terakhir,renung-renungkanlah.Aku tidak menafikan dan mempersoalkan,tapi hidup penuh persoalan...

 

3 Responses to Apa erti kemerdekaan bagi orang asli?

  1. Andin Muhammad Syukri Says:
    Apa2 pun berbanggalah dengan asal-usul kita..

    Hal Tunku tu susah nak ulas, maklum la orang2 politik masa tu ada kepentingan peribadi, sama jugak orang politik sekarang..
  2. Remie Ramli @ Remie Says:
    Hahaha..Ulasan pertama..Aku pun rasa macam tu,Syuk..Berbangga dengan asal-usul kita.
  3. oyuki Says:
    semak semelai medom he kenkon nok2 dom....bagus tol la blog ko nok...