Kaki angguk,kaki tunduk
Budak-budak kat University ni amat kasihan sekali.Kebanyakkannya dilatih untuk menjadi kaki angguk dan kaki tunduk.Cerdik dikelas,bebal diluar.Ajak berdebat,sepatah pun tak keluar.Apa jadi ni kawan?Semua nak ikut skema?Kalau kitab agama,takpela.Bila nak buat keputusan,nampak rasional tapi emosional.Nak nampak berkualiti,tapi macam takde identiti.Tapi takpela.Siapa aku untuk berkata-kata.Tidak dihirau oleh sesiapa.Idea aku berbeza,bukan bermakna aku gila.Ceduk bungkus,ikat tepi,minum terus.Inilah graduan universiti.Aku pun kena macam ni.Nak fiqir lebih dari buku,orang tak suka.Adakah aku kena jadi pak turut?Macam kayu takde perasaan?Aku kejam,orang tak suka,tapi orang kejam dengan aku mcmana?Agaknya kena main pistol kat muka,baru orang nak terbuka mata?Aku tak suka buat macam ni walau kadang-kadang aku rasa kena buat macam ni tapi setakat ni aku tak pernah buat macam ni.Nak blah dari malaysia macam tak mampu.Sebab aku dengar kat oversea,tukang sapu pun boleh bagi pendapat pasal ekonomi.Kat Malaysia, sijil selori pun belum tentu orang nak dengar pendapat kita.Kadang-kadang,muka kena jambu,muka kena cantik,comel,idea dia merapu pun,orang terima.Orang kaya yang bodoh,jadi ketua,orang miskin yang yang banyak idea,jadi hamba.Sudah la semua,aku malas nak merapu lagi.Inilah resam hidup manusia di dunia.Sapa-sapa yang baca post ni,tolong bagi komen.Kepada yang tak suka ngan ayat aku ni,Pergi mampus korang semua.Hahahahaa
Sesapa terasa?Terjun ke laut la..Jangan bagi semak dunia.
3 September 2009 pada 1:34 PG hehee...relax la dunia mmg mcm 2,kena tabahkan ati slalu dgn pmainan dunia.
3 September 2009 pada 2:30 PG Hehehe..Terima kasih kerana memberi komen cik islas..Saya bukan apa,tengah menyindir orang ni..Saya relex pun..
3 September 2009 pada 3:01 PG Jika kau ingin menjadi kayu,
jadilah kayu golf,
disebut kayu walaupun besi,
diulit oleh tauke, Dato', Tan Sri dan juga menteri..
Jangan pulak ko jadi tunggul yg suka menyingul..akan membuatkan orang terjatuh..
Sudah menjadi lumrah kehidupan mereka yg terkehadapan akan dicantas.. mereka yg bijak lazimnya akan difitnah (ingat kisah singapura dilanggar todak).
Cerdik dikelas setakat nak tunjuk depan pensyarah..diajak berdebat tiada pula hujahnya..kerana apa? kerana tiada gred yg diterima, baik duduk diam je..(mesin belajar)
*kita orang biasa bila pakai jam tangan yg harganya beratus-ratus ringgit orang akan anggap jam tangan tu kita beli kat pasar malam dgn harga rm10..tapi bila orang yg nampak 'agak kaya' atau 'agak jambu' pakai jam tangan yg dibeli dipasar malam orang lain akan anggap jam tangan tu mesti mahal. sebab apa? Sebab mindanya telah disetkan begitu..
**Kini rupa paras menjadi ukuran..kadangkala ia menjadi taruhan..