Aku ada blog baru.
⊆ 1:43 PG by Remie Ramli @ Remie | ˜ 0 ulasan »Kepada semua pelawat,ini blog baru saya yang menggantikan blog ini.http://www.lemasdidarat.blogspot.com/
Kepada semua pelawat,ini blog baru saya yang menggantikan blog ini.http://www.lemasdidarat.blogspot.com/
Dengan ini.Blog ini akan di tutup kerana saya sebagai tuan punya blog ini sudah malas nak membuat post baru lagi.Harap maklum.


Hahahaha.Hari ini aku nak mengutuk..Aku bengang la dengan budak-budak universiti ini.Tak pernah nak fiqir jauh.Setakat tu jek.Bila tanya,jawapannya ialah MALAS..Aku tengok deme ni pandai dari aku.Pointer exam always 3 keatas.Aku sedar la aku ni kurang bijak dari diaorang dan mungkin aku tidak berhak cakap macam ni pada diaorang kerana mungkin diaorang ni golongan elit.Hahahaa
Tapi selaku manusia,aku nak ingatkan jek..Bukan apa,sama-sama mengingat.Betul tak?Aku sedar aku kurang bijak tapi aku risau aku ni esok yang pijak diaorang balik.Takpekan?Bila tanya,nak jadi apa lepas grad?Nak jadi PTD(pegawai takbir diplomatik).Sebab apa,nak gi oversea.Dalam hati kecil aku yang hina ni,berfiqir,benda lain diaorang tak nampak kew?Tak ade niat nak bantu sesama manusia.Nak hidup mewah.Terkenal dan berstatus kelas tinggi.Bila grad jek,terus nak jadi boss.Mana boleh adik-adik.Kena mula dari bawah..Silap hari bulan,pegawai dipijak orang bawahan.Kenapa?Orang bawah banyak pengalaman.Ilmu yang paling berharga dari ilmu akademik.Ilmu akademik itu panduan sahaja.Merangkak sebelum bertatih.
Disini aku nak tinggalkan soalan,apa yang menghalang mahasiswa dari berfiqir keluar dari fakta yang ada pada buku?Tolong komen..Kalau salah pendapat saya pun,tolong tegur..Jangan malu dan segan.Kita sama-sama belajar.
Apa punya tur la..Baru kenal dah cakap aku pasal agama.Aku tak kisah pun sebenarnya dia nak tanya apa..Tapi agak-agak la.Aku cakap pun sambil lewa.Disini,aku jelaskan bahawa.Kenapa aku tidak tertarik sangat pasal hal-hal agama?Bagi aku,dengan jujur aku katakan,aku tak fiqir sangat hal agama ni.Mungkin kalau kata melayunya,aku belum dapat hidayah lagi kowt.Bagi aku,aku amalkan amar maaruf nahi mungkar(kalau salah,aku mintak korang betulkan).Aku tidak sempurna.Jika aku sibuk pasal agama pun,kalau amal aku kurang,buat dosa hari-hari,buat apa?
Aku malas nak amik port pasal agama ni bukan apa..Aku tak pasti mana yang betul.Mazhab agama ni buat aku pening.Macam politik gak ni.Tak tau mana yang betul.Aku keliru.Sebab tu aku fiqir2,baik jangan amik port dulu.Baik aku lepak fiqir pasal masalah manusia.Kebuluran,kemiskinan dan sebagainya.Tapi disini aku tegaskan yang aku ni bukan atheist(Tidak percaya agama merangkap tidak percaya tuhan.).
Aku hormat semua orang,tidak kira musuh atau kawan.Semua orang ada hujah tersendiri,dan aku faham mengenainya.Aku tidak menafikan hak sesiapa.Cuma Aku suka meninggalkan persoalan pada semua orang.
Ada orang kata orang kata tulisan aku kasar dari bahasa?Betul ke?Aku malas nak tulis ikut buku yang guna bahasa baku walau aku tahu bahasa melambangkan bangsa.Sebelum itu aku nak ucapkan salam aspirasi,salam mahasiswa,salam perpaduan,salam sosialis,salam rakyat,salam barisan dan salam pakatan(Aku tiru@ajuk syukri).
Bagi yang beragama islam,aku ucapkan selamat berpuasa dan dalam beberapa hari lagi bulan syawal akan menjelma.Semoga ramadan kali ini memberi makna kepada anda semua.Kepada yang nak pulang ke kampung halaman,berhati-hati di jalan raya dan ingatlah kelajuan boleh membuatkan anda disaman kerana sekarang ops sikap sedang dijalankan.
Sebelum aku melalut,aku nak bukak soalan dulu.Idea ni aku dapat masa makan tadi.Soalannya berbunyi,macamana nak mewujudkan keadilan mutlak atau fatal justice di dunia ni?Sebelum itu aku nak bagi definasi keadilan mutlak dari idea aku.Keadilan mutlak ini adalah keadilan yang sangat-sangat adil.Tiada birokrasi,tiada berat berat sebelah dan tiada sesiapa yang kalah atau menang.Faham tak?Tak faham bagitau jek la..Aku tak marah.Kalau salah pun bagitau.Apa pendapat anda semua pembaca yang dihormati tentang kata-kata atau hukum ini "Bila kena,sama rasa"?Adakah adil bagi anda semua?Macamana nak wujudkan keadilan yang benar-benar mutlak dan adil?Ini bukan cerita pasal Parti Keadilan Rakyat dan tiada kaitan dengan Anwar Ibrahim atau Wan Azizah apatah lagi Nurul Izzah.Jawab soalan dulu sebelum bagi pendapat sendiri.Jangan jadi macam post aku pasal antara 2 benda ini,mana yang paling berkuasa tu.
sudah genap 8 tahun ia terjadi.Peristiwa yang mengubah dunia dan seluruh penghuninya.Marilah kita bersama mengimbas kembali peristiwa yang terjadi pada tarikh 11 september 2001..Berdoalah kita supaya ia tidak terjadi lagi.
http://www.youtube.com/watch?v=WZ0CGHwoo6M
Wake me up when september ends
Summer has come and passed
The innocent can never last
wake me up when september ends
like my fathers come to pass
seven years has gone so fast
wake me up when september ends
here comes the rain again
falling from the stars
drenched in my pain again
becoming who we are
as my memory rests
but never forgets what I lost
wake me up when september ends
summer has come and passed
the innocent can never last
wake me up when september ends
ring out the bells again
like we did when spring began
wake me up when september ends
here comes the rain again
falling from the stars
drenched in my pain again
becoming who we are
as my memory rests
but never forgets what I lost
wake me up when september ends
Summer has come and passed
The innocent can never last
wake me up when september ends
like my father's come to pass
twenty years has gone so fast
wake me up when september ends
wake me up when september ends
wake me up when september ends


Apa yang paling berkuasa kat dunia ni?Confirm la tuhan(Tidak kiralah apa pun nama tuhan korang).Tapi kalau ada orang kata sains tu lebih berkuasa dari tuhan,bagitau aku siapa dia.Aku nak sekeh kepala dia dengan capal.Ok,berbalik pada tajuk post ni,aku nak korang bagi
pendapat(idea la..Bukan duit gaji korang.)Apa yang paling berkuasa antara dua benda ni?Pistol dengan duit?Bagi pendapat aku,pistol la berkuasa sebab duit tak boleh halang peluru pistol tembus kepala kita.Melainkan pembunuh korang tu memang mata duitan.Hahhaha...Letaklah tebal-tebal pun kat badan,kalau kena hentam dengan RPG,berkecai gak.Hahaha.Korang mesti pernah dengar orang kaya kena tembak oleh pembunuh upahan@Assassin?Mati gak diaorang dihujung pistol..Duit banyak pun tak guna..Tak boleh beli nyawa sendiri..Tapi kalau nak ikut dari sudut lain,dua-dua ni berkuasa dan mampu merubah dunia?Kenapa?Fiqir sendiri la..Ada otak dan akal..Tolong bagi komen..Kalau tak faham,bagitau..
Budak-budak kat University ni amat kasihan sekali.Kebanyakkannya dilatih untuk menjadi kaki angguk dan kaki tunduk.Cerdik dikelas,bebal diluar.Ajak berdebat,sepatah pun tak keluar.Apa jadi ni kawan?Semua nak ikut skema?Kalau kitab agama,takpela.Bila nak buat keputusan,nampak rasional tapi emosional.Nak nampak berkualiti,tapi macam takde identiti.Tapi takpela.Siapa aku untuk berkata-kata.Tidak dihirau oleh sesiapa.Idea aku berbeza,bukan bermakna aku gila.Ceduk bungkus,ikat tepi,minum terus.Inilah graduan universiti.Aku pun kena macam ni.Nak fiqir lebih dari buku,orang tak suka.Adakah aku kena jadi pak turut?Macam kayu takde perasaan?Aku kejam,orang tak suka,tapi orang kejam dengan aku mcmana?Agaknya kena main pistol kat muka,baru orang nak terbuka mata?Aku tak suka buat macam ni walau kadang-kadang aku rasa kena buat macam ni tapi setakat ni aku tak pernah buat macam ni.Nak blah dari malaysia macam tak mampu.Sebab aku dengar kat oversea,tukang sapu pun boleh bagi pendapat pasal ekonomi.Kat Malaysia, sijil selori pun belum tentu orang nak dengar pendapat kita.Kadang-kadang,muka kena jambu,muka kena cantik,comel,idea dia merapu pun,orang terima.Orang kaya yang bodoh,jadi ketua,orang miskin yang yang banyak idea,jadi hamba.Sudah la semua,aku malas nak merapu lagi.Inilah resam hidup manusia di dunia.Sapa-sapa yang baca post ni,tolong bagi komen.Kepada yang tak suka ngan ayat aku ni,Pergi mampus korang semua.Hahahahaa
Sesapa terasa?Terjun ke laut la..Jangan bagi semak dunia.
Sempena hari kemerdekaan yang ke-52 ni,aku pun nak menulis gak tentang kemerdekaan ni.Okla,aku tulis ni lebih mewakili kaum aku orang asli semenanjung.Ramai orang tak tau sapa aku sebenarnya.Aku Orang Asli semenanjung malaysia dari suku kaum Semelai(Banyak terdapat di daerah Bera,Pahang dan di beberapa daerah di Negeri Sembilan.),bukan islam walau awek aku melayu beragama islam.Hahahaha..Selingan jek..Walau macamana pun,aku lahir dan dibesarkan di Gombak,Selangor,Kuala Lumpur(Parent aku jek asal pahang tapi keje kat KL)..Ok,back to the route.Senang cite kalau ikowt sejarah KBSM(Meminjam kata-kata Teh Tarik Gelas Besar),yang tuntut merdeka adalah orang melayu,india,Cina sahaja.(Semua orang tau)Manakala kaum lain tak tercatat pun(Maybe dilupakan atau memang takde pun).So,secara sedar atau tidak,kaum aku tidak ada kena-mengena dalam menuntut merdeka negara ini dari British (kecuali dalam mempertahankan kemerdekaan dari anasir macam komunis dan subversif yang lain dimana kaum aku banyak dalam Regimen Ranger DiRaja,Kor Risik DiRaja dan PDRM dalam unit 69 Komando,Pasukan Polis Hutan(Sekarang Pasukan Gerak Am Batolion 3 Bidor dan Batolion 18 Pengkalan hulu(Kroh) ataupun zaman dulunya lebih sinonim dengan Senoi Praq(Maroon Beret),regular unit(polis biasa) dan Special Branch(Siapa diaorang ni?)).
Aku cakap ni bukan aku nak tuntut apa-apa dari sesiapa.Aku cuma nak sedarkan sesapa yang tak sedar.Hakikat disini,Orang Asli tak merdeka lagi...Maybe Tunku dulu lupa kowt..Memang kaum aku duk dalam hutan,tak bertamadun.Tapi kalau nak tau,kami pada zaman 40an tu dah tak pakai cawat lagi dan ada yang gi sekolah(Atok aku leh baca jawi lagi and skunk umur dia 79).
Atau(sorry kawan-kawan sekalian,Aku terpaksa bersuara) Tunku takowt?Kenapa tak ajak kaum aku berunding sekali ngan British masa nak tuntut merdeka?Takowt dengan bayang-bayang sendiri..Okla,aku malas nak mengarut lagi.
Kata-kata terakhir,renung-renungkanlah.Aku tidak menafikan dan mempersoalkan,tapi hidup penuh persoalan...
Aku tak minat nak cerita bab polis ni sebenarnya.Aku cuma terpanggil bila aku baca banyak artikel pasal polis ni..Polis salah guna kuasa,keganasan polis,dan isu yang paling kerap dikatakan ialah isu polis dan rasuah,..Okla,aku nak cakap kat sini..Aku ni boleh dikatakan tidak terpisah dari dunia polis ni(walau aku bukan polis dan bukan SUKSIS).Tapi jiwa polis tu masih menebal dalam diri aku.Aku meminat polis bukan sebab nakkan kuasa dan harta(kalau nak semua ni,jadi diktator la.),aku pun tak pasti kenapa semangat sang saka biru ni kuat betul dalam diri aku.Walau aku pun tak suka sangat polis kat luar ni.Mari kita berbicara dari sudut lain.Polis ni apa?Anjing kerajaan?Penghalang kebebasan?Aku tengok ramai orang hina sangat dengan polis ni.Seolah-olah mereka mulia sangat.Tapi bila ada masalah,cari polis gak.Apa cerita?Report polis gak walau kutuk polis.Kata polis tak adil la,tapi report polis gak..Aku tak faham la manusia ni.Anda lupa yang polis ni manusia gak.Mereka ni sama macam kita.Tentang rasuah tu,aku tak leh kata apa la.Mana ada benda yang betul-betul telus kat dunia ni.Tak banyak,sikit fault dia.Poyo la ada yang kata nak wujudkan dunia yang tiada rasuah dan keadilan mutlak kat dunia ni.Mana ada..Manusia beb..Alim dan skema mana pun,lama-lama terima gak rasuah ni.Balik pada tajuk asal la,jangan la duk hina polis ni.Kita jangan nampak keburukkan diaorang jek.Nilai pengorbanan dioarang macamana?Bila polis mati kena tembak masa bertugas atau K.I.A,semua orang buat bodoh jek.Macam takde nilai.Tapi bila ade kes yang melibatkan polis,dijaja sampai orang naik jemu dengar.Lepas tu,muncul "hero" yang kata diaorang ni lebih hebat dari polis,tahu undang-undang(Si murai penipu la ni).Sudahlah,Korang pun POYO!!Tapi,walau macam ni,sebagai manusia biasa,aku TIDAK MENAFIKAN HAK KORANG..
Aku bukan nak sebelahkan sesiapa..........Renung-renungkanlah.....
Rasional emosional?Apa yang anda faham apa tentang benda ni?Apa terjemahan anda tentang rasional emosional?Bagi aku,rasional emosional ini adalah sesuatu tindakan atau reaksi yang dilihat sebagai rasional tapi tanpa disedari atau tidak,ia sebenarnya banyak dipengaruhi emosi.kadang-kala benda ini aku rasa macam sudah menjadi sesuatu kebiasaan.Seolah-olah ia sudah ada dalam diri semua orang.Rasional emosional ini ada kalanya baik hasilnya(Bagi aku ia lebih kepada kebetulan atau nasib yang baik jika berlaku macam ini),tapi lebih menghasilkan implikasi negatif.Tapi itu yang selalu terjadi..Rasional emosional..Apa kata kau orang semua?
Peh..Aku tengok syukri2103.blogspot.com sampai berpeluh-peluh dengan terjunkelangit.blogspot sampai mengaku dia orang perlis duk sibuk Bercerita menjadikan cerita tentang ISA(Internal Security Act) atau cakap melayunya Akta Keselamatan Dalam Negeri.So,aku pun tumpang sekaki la nak ikut sekali..Lupakan ayat skema yang mengikut buku buat sementara waktu,ini lumpen ploritariat nak berbunyi pula tentang ISA ni...Apa yang aku faham tentang akta ini,akta ini pada awalnya berfungsi untuk membentaras gerakan komunis di Malaysia ataupun bagi melumpuhkan segala kegiatan subversif yang mampu mengancam keselamatan negara..Sekarang banyak digunakan untuk menutup mulut para Si Murai Penipu,Radio Rosak dan Tempayan Yang Hilang Penutup.Sapa diaorang ni?Lu fiqir la sendiri beb..Takkan aku nak ajar gak..Tapi aku tengok gak yang akta ni disalahkan gunakan oleh Fake politician atau dijadikan isu ISA ni sebagai agenda politik..Nak dengar cerita tak?Dulu ada orang argue bab ISA ni..Kononnya diaorang ni lebih tau la..Kononnya diaorang bangsa tertindas la dek ISA ni..Deme tanya aku,kau suka tak ISA ni dimansuhkan?Aku sengaja cakap macam ni sebab aku dah menyampah dengan diaorang ni,naik muak aku..Aku kata la suka la..
Kenapa aku suka?Sebab kalau ISA dah mansuh,aku manusia yang bebas..Diaorang punya suka bila aku kata macam tu..Lepas tu aku kata,bila ISA dah tak ada,aku boleh buat pasukan askar sendiri..Aku boleh tembak sapa saja yang tentang atau lawan cakap aku..
Aku boleh jadi diktator macam tu..Yang lawaknya,diaorang boleh kata pulak cakap,mana boleh buat macam tu...Ha!Tau pun tak boleh..Tu la yang buatkan negara ini aman tau..Takde puak Radikal.Korang suka ke ada benda-benda macam ni?Negara kita jadi macam Afganistan,Kashmir?Ataupun Thailand?Nak buat apa pun susah..Nak kaum keluarga kita mati dihujung pistol depan mata kita?Nak anak cucu kita bersusah payah bersusah payah macam nenek moyang kita dulu?Konon nak memperjuangkan kesamarataan.Weh!Ini aku nak bagitau,dunia ni mana ada keadilan mutlak!!Setiap perkara ada harga yang perlu dibayar.Setiap yang lebih,pasti ada kurang..Ini dunia!Bukan syurga..Aku tengok orang-orang yang nak ISA ni dimansuhkan,tak tahu apa sebenarnya diorang perjuangkan..Dont Make Blank Arguement!!
Bagi aku,ISA ni patut dikekalkan..Cuma perlaksananya perlu diubah sedikit..Jangan nafikan hak orang dikenakan akta ini..Dan jangan letakkan perlaksaan akta ni dibawah Kabinet..Tak kira la even kerajaan dah berubah kepada Berpakat atau kekal kepada Berbaris..Kita patut bebaskan ISA dari dicengkam oleh Si Murai Penipu..
Wajahmu
Seindah serinya pelangi yang indah
Seharum mawar putih segar berkembang
Wajahmu
Mengapa sering terbayang dimataku
Sehingga terbawa didalam mimpiku
Sayangku
Tahukah kau didalam hatiku ini
Tersimpan perasaan cinta nan suci
Kau bunga
Ingin kusuntingmu menjadi milikku
Lantas kuabadikan dalam jiwaku
Sayangnya
Harapan yang selama ini kubawa
Hancur berkecai musnah jua akhirnya
Semuanya bagaikan sebuah mimpi
Kau pergi jua
Setelah cinta ku kini membara
Belum sempat kucurahkan kasihku
Kau pergi tak kembali...