Dah hari ibu rupanya..

Emm..Selamat hari ibu kepada semua ibu-ibu di dunia ini.Terutama kepada mak aku..Tu pun kalau dia baca blog ni la..huhuhu..Ibu,insan yang amat rapat dengan diri kita..Sentiasa disisi kita walau kita susah atau senang..Survival mereka melahirkan dan membesarkan kita merupakan perkara yang tak mampu kita bayar walau dengan selautan wang dan intan berlian..Tanpa mereka tiadalah kita di dunia ni.
Secara jujurnya,aku tak pernah memberikan hadiah berbentuk kebendaan kat dia..Kerana beberapa sebab..1st,aku tak keja lagi and aku bergantung kepada duit yang diaorang bagi..Buat apa aku beli hadiah for dia sedangkan guna duit yang dia bagi sendiri walau duit tu dia bagi kat aku.2nd,mak aku memang tak nak pun..Dia penah pesan ngan aku,"mak tak perlukan semua tu"..3rd,bagi aku,hadiah meterial bukan bererti tanda kita sayang ngan dia..Ada cara lain yang kita boleh tunjukkan kat dia.
Entahla..Aku sendiri penah cakap ngan dia.Aku tak penah bg apa2 kt dia..Tak macam orang lain..Bagi hadiah msa hari ibu dan sebagainya..Tapi dia jawab,ada hadiah yang paling berharga yang aku bagi kat dia iaitu,kelahiran aku,kejayaan aku dan kegembiraan aku..Aku ingat lagi,bla aku call dia bagitau keputusan spm aku,dia menangis happy..Walau resault aku tak seberapa,tapi itu dah buat dia gembira dan bersyukur sangat..Bla aku dapat UMS and USM,aku tengok dia gembira sangat..Dia kata,tercapai impian dia tengok aku masuk universiti..Sekarang impian dia nak tengok aku naik pentas amik ijazah..Tu la impian dia skunk..Kalau nak tau,ari tu Bukit Aman ada call aku suruh aku lapor diri masuk latihan kt pulapol KL..Jawatan inspektor polis..Memang masa aku temuduga dulu, mak aku tak restu masuk polis tapi akhirnya mengalah kerana itu cita-cita aku..Aku berkira-kira dan akhirnya aku tolak tawaran tu..Bukan apa,aku nak tunaikan impian mak aku dulu...Sekurang-kurangnya aku berkorban demi dia walau pengorbanan aku ni tak mampu membayar sedikit pun pengorbanan dia kat aku..
Ramai orang tanya aku,kenapa aku keluar suksis..Orang kata aku pengecut..Tapi hakikatnya,aku korbankan suksis dan dunia polis ni demi mak aku..
Setiap malam aku berdoa,mintak kat tuhan supaya panjangkan umur mak dan bapak aku..Supaya dapat melihat aku menggenggam ijazah..Dan aku sentiasa gusar dan bimbang,kerana aku takut impian dan harapan ini tinggal kenangan sahaja..Atau lebih teruk dari ni...

 

0 Responses to Dah hari ibu rupanya..