Tumpang Sekaki

Peh..Aku tengok syukri2103.blogspot.com sampai berpeluh-peluh dengan terjunkelangit.blogspot sampai mengaku dia orang perlis duk sibuk Bercerita menjadikan cerita tentang ISA(Internal Security Act) atau cakap melayunya Akta Keselamatan Dalam Negeri.So,aku pun tumpang sekaki la nak ikut sekali..Lupakan ayat skema yang mengikut buku buat sementara waktu,ini lumpen ploritariat nak berbunyi pula tentang ISA ni...Apa yang aku faham tentang akta ini,akta ini pada awalnya berfungsi untuk membentaras gerakan komunis di Malaysia ataupun bagi melumpuhkan segala kegiatan subversif yang mampu mengancam keselamatan negara..Sekarang banyak digunakan untuk menutup mulut para Si Murai Penipu,Radio Rosak dan Tempayan Yang Hilang Penutup.Sapa diaorang ni?Lu fiqir la sendiri beb..Takkan aku nak ajar gak..Tapi aku tengok gak yang akta ni disalahkan gunakan oleh Fake politician atau dijadikan isu ISA ni sebagai agenda politik..Nak dengar cerita tak?Dulu ada orang argue bab ISA ni..Kononnya diaorang ni lebih tau la..Kononnya diaorang bangsa tertindas la dek ISA ni..Deme tanya aku,kau suka tak ISA ni dimansuhkan?Aku sengaja cakap macam ni sebab aku dah menyampah dengan diaorang ni,naik muak aku..Aku kata la suka la..
Kenapa aku suka?Sebab kalau ISA dah mansuh,aku manusia yang bebas..Diaorang punya suka bila aku kata macam tu..Lepas tu aku kata,bila ISA dah tak ada,aku boleh buat pasukan askar sendiri..Aku boleh tembak sapa saja yang tentang atau lawan cakap aku..
Aku boleh jadi diktator macam tu..Yang lawaknya,diaorang boleh kata pulak cakap,mana boleh buat macam tu...Ha!Tau pun tak boleh..Tu la yang buatkan negara ini aman tau..Takde puak Radikal.Korang suka ke ada benda-benda macam ni?Negara kita jadi macam Afganistan,Kashmir?Ataupun Thailand?Nak buat apa pun susah..Nak kaum keluarga kita mati dihujung pistol depan mata kita?Nak anak cucu kita bersusah payah bersusah payah macam nenek moyang kita dulu?Konon nak memperjuangkan kesamarataan.Weh!Ini aku nak bagitau,dunia ni mana ada keadilan mutlak!!Setiap perkara ada harga yang perlu dibayar.Setiap yang lebih,pasti ada kurang..Ini dunia!Bukan syurga..Aku tengok orang-orang yang nak ISA ni dimansuhkan,tak tahu apa sebenarnya diorang perjuangkan..Dont Make Blank Arguement!!
Bagi aku,ISA ni patut dikekalkan..Cuma perlaksananya perlu diubah sedikit..Jangan nafikan hak orang dikenakan akta ini..Dan jangan letakkan perlaksaan akta ni dibawah Kabinet..Tak kira la even kerajaan dah berubah kepada Berpakat atau kekal kepada Berbaris..Kita patut bebaskan ISA dari dicengkam oleh Si Murai Penipu..

 

1 Response to Tumpang Sekaki

  1. Muhammad Syukri Sa'adon Says:
    bila ISA dimansuhkan maka kita akan nampak kemunculan puak2 radikal..macam penulis blog ni kot..