Apa kes ni?

Sudah lama aku nak catatkan benda ni kat dalam ruang kosong ini.Sebelum memulakan bicara sindiran dan bicara neguran aku ini,aku nak jelaskan disini bahawa perkara ini adalah realiti dan berdasarkan pemerhatian disamping pengalaman aku sendiri.Aku nak membicarakan tentang sistem pendidikan di Malaysia ini.Kita mulakan dengan sistem persekolahan negara.

Okla,secara peribadinya,aku amat sedih dengan sistem pendidikan negara ini.Cikgu-cikgu banyak takde kat sekolah.Samada dok asyik buat anak bagi yang perempuan,yang lelaki dok sibuk ngan sukan,atau duk buat bisnes kat luar samada lelaki atau pompuan.Namun,aku tidak menafikan hak mereka.Tapi mereka telah menafikan hak murid-murid untuk mendapatkan ilmu.
Ohya,sebelum terlupa,aku ingin mengucapkan berjuta terima kasih terhadap semua pihak yang terlibat dalam mendidik aku sepanjang aku di bangku sekolah sampai aku sudah melangkah ke Universiti ini.Segala celaan dan jasa anda semua akan aku kenang buat selamanya.All right marines..Assemble on deck,back to show..Sepanjang aku sekolah,aku nampak macam-macam perkara.pertama sekali,wujudnya alienasi dalam sistem sekolah ini dimana,budak-budak yang skema ini(yang kononnya best student yang menjadi harapan bangsa dan negara) ini diasingkan dari budak-budak yang bukan bodoh tapi kurang bijak.Maka wujud la kelas bodoh dengan kelas pandai.Secara jujurnya,aku ini dari kelas yang terbawah masa sekolah dulu.Tidak kira la dari sekolah menengah atau rendah.Tapi aku dapat belajar kat universiti walau aku ni kurang bijak.Syukur dengan rezeki yang ada ini.

Dulu aku masa spm,aku nak amik lagi 4 subjek tambahan dan menjadikan 13 subject bagi spm aku(Tahun 2005).Sayang sekali,cuma 1 subject sahaja dibenarkan.Alasan,mereka tidak mahu merosakkan gred jika aku gagal.Aku baru tanya pendapat time tu pun,orang dah kata aku macam-macam..Tapi bila resault keluar,aku boleh dapat lebih baik dari budak-budak yang sama amik subject tu.Ohya,aku amik E.S.T(English for science and technology) masa spm walaupun subject tu khas untuk pelajar aliran sains dan aku dapat 3B dengan belajar sendiri dengan bantuan cikgu EST(Thanks for your help,teacher) dan ada budak aliran sains kantoi paper tu.Buat malu woi!Sekarang,yang duk hina-hina aku masa spm dulu pun dah tak berani angkat muka tengok aku..Agaknya kalau aku amik 13 subject dulu,lagi malu diaorang agaknya.

Aku akui yang jika pengasingan ini akan mewujudkan persaingan gak tapi aku tengok,macam tak berkesan.Cubalah alternatif lain.Aku juga akui tak semua orang berfiqir macam aku tapi tak salah aku berikan buah fiqiran.Kepada budak-budak kelas bawah ni,aku nak pesan la.Jangan putus asa.Teruskan usaha.Kalau gagal dalam pelajaran,banyak cara yang sah untuk berjaya dalam hidup.Kepada budak yang bijak pun,teruskan berusaha memantapkan hidup anda.Jangan takbur dengan kebijakkan anda.Sebab ada lagi yang bijak dari anda.

Kepada pihak yang berwajib,cuba la atasi masalah ini,dan kepada guru-guru yang dikasihi,janganlah beza-bezakan anak murid anda.Mereka juga manusia.Hak mereka sama.Didiklah mereka sebaik mungkin.Jangan nafikan mereka.

 

1 Response to Apa kes ni?

  1. Andin Muhammad Syukri Says:
    aku sekepala dgn ko dlm hal..

    aku pernah pertikai hal ni masa aku jadi fasilitator kat sekolah aku masa cuti sem aritu,ada jugak yg setuju & ramai yg bangang..eehh salah, ramai yg bangkanglah..

    aku pun kira mcm ko jugak menjadi pelajar yg diasingkan..kelas aku masa tu kelas ke-5 drpd 10 kelas tapi alhamdulillah aku pun boleh masuk U mengalahkan budak2 kelas pandai yg berlagak pandai..(nak hentam depa dlm blog aku tak sampai hati..), walaupun aku masuk USApex ni guna pasport STPM je..

    Apa2 pun bro kita jgn simpan dendam kat mereka yg pernah pandang rendah kat kita yg sedia rendah ni..kita tak perlu nak memalukan mereka sebab merekalah yg akan malu sendiri kat kita.

    hal ni sama jugak la dgn pemberian biasiswa kat pelajar2..betul la tindakan mereka yg bagi biasiswa tu kat pelajar2 yg cemerlang tapi kenapa mesti nafikan hak pelajar2 yg sedia susah utk belajar? bagi la walaupun 10% biasiswa tu utk mereka yg tak mampu utk beli barang2 keperluan belajar walaupun keputusan peperiksaan mereka kurang baik.

    bila ada pengasingan kelas mengikut kepandaian ni maka gagasan 1 malaysia susah nak direalisasikan..kalau semua diasingkan mcm mana nak bersatu..