Betul ke?Dan keadilan mutlak.

Ada orang kata orang kata tulisan aku kasar dari bahasa?Betul ke?Aku malas nak tulis ikut buku yang guna bahasa baku walau aku tahu bahasa melambangkan bangsa.Sebelum itu aku nak ucapkan salam aspirasi,salam mahasiswa,salam perpaduan,salam sosialis,salam rakyat,salam barisan dan salam pakatan(Aku tiru@ajuk syukri).

Bagi yang beragama islam,aku ucapkan selamat berpuasa dan dalam beberapa hari lagi bulan syawal akan menjelma.Semoga ramadan kali ini memberi makna kepada anda semua.Kepada yang nak pulang ke kampung halaman,berhati-hati di jalan raya dan ingatlah kelajuan boleh membuatkan anda disaman kerana sekarang ops sikap sedang dijalankan.

Sebelum aku melalut,aku nak bukak soalan dulu.Idea ni aku dapat masa makan tadi.Soalannya berbunyi,macamana nak mewujudkan keadilan mutlak atau fatal justice di dunia ni?Sebelum itu aku nak bagi definasi keadilan mutlak dari idea aku.Keadilan mutlak ini adalah keadilan yang sangat-sangat adil.Tiada birokrasi,tiada berat berat sebelah dan tiada sesiapa yang kalah atau menang.Faham tak?Tak faham bagitau jek la..Aku tak marah.Kalau salah pun bagitau.Apa pendapat anda semua pembaca yang dihormati tentang kata-kata atau hukum ini "Bila kena,sama rasa"?Adakah adil bagi anda semua?Macamana nak wujudkan keadilan yang benar-benar mutlak dan adil?Ini bukan cerita pasal Parti Keadilan Rakyat dan tiada kaitan dengan Anwar Ibrahim atau Wan Azizah apatah lagi Nurul Izzah.Jawab soalan dulu sebelum bagi pendapat sendiri.Jangan jadi macam post aku pasal antara 2 benda ini,mana yang paling berkuasa tu.

 

7 Responses to Betul ke?Dan keadilan mutlak.

  1. pu3iman Says:
    adil atau tidak...terpulang pada individu...
    bg iman, biar kena, sama rasa lebih kpd win-win situation...maknanya masing2 menang dgn pendirian sendiri.

    bukan ke itu lg penting dan x wujudkan perselisihan faham?

    eerr...faham ke? :D
  2. The Street Ruffian Says:
    Benar sekali kata-kata saudari,tapi adakah kita di dunia ini mampu mewujudkan keadilan mutlak itu?Hahaha
  3. GaDiS KaMpUnG sEpArA BaNdAr Says:
    tak paham...

    hahaha...

    n

    malas nk komen pasal n3 di atas tu..

    xminat....

    hahahaha...

    erkk??
  4. Nox Says:
    Fatal justice ke total justice? Confuse pulak aku.

    Adil tu bermaksud meletakkan sesuatu itu kena pada tempatnya.
  5. The Street Ruffian Says:
    Entahla,bro..Aku pun confuse..Tapi maksud dia sama tak?
  6. tgkpikirtulehpikirbacepikir Says:
    klu ikut logik kognitif yang waras,MEMANG ADIL ADLAH APA YANG KITA MAHU..tapi REALITInya,manusia2 yg pentingkan diri sendiri bertindak dgn cara yg menganiaya org lain..dlm erti kata lain,berlaku tidak adil kepada individu lain..KENAPA???MANUSIA SEMAKIN TAMAK N JAHIL...sekadar pandangan dari saya...
  7. Muhammad Syukri Sa'adon Says:
    KEADILAN MUTLAK adalah 2 perkataan yg berbeza..

    KEADILAN dan MUTLAK..

    KEADILAN berasal drpd perkataan adil (maka jadilah Parti KeADILan Nasional 1999)..

    ok2..mcm kata Nox, adil bermaksud kita meletakkan sesuatu pd tempatnya, contohnya anak lelaki kita kena belikan dia baju lelaki maka inilah yg disebut adil. Jika anak lelaki kita belikan dia baju perempuan maka inilah yg dikatakan zalim. Jika anak lelaki dibelikan baju perempuan maka ini akan membentuk anak lelaki itu tadi menjadi bahan kutukan rakan saya iaitu Remie..

    Mutlak pulak bermaksud menyeluruh dan tidak terbatas, penuh dan yg sama erti dengannya.. contoh paling mudah catatan sejarah mencatat mengenai sultan berkuasa mutlak..sultan bebas buat apa shj t'masuklah menjatuhkan hukuman ikut suka hati dia walaupun tuduhan tu tanpa usul periksa. ini yg zalim ni..

    mengenai KEADILAN MUTLAK, pd aku la susah nak wujudkan benda ni..mana ada keadilan ciptaan manusia dlm dunia ni. dlm Islam hanya Allah shj yg adil sbab Dia cipta sesuatu dgn tidak sia2, masing2 ada fungsi t'sendiri..suka atau tak kita kena mnegakui bhw keadilan mutlak sukar utk diwujudkan tapi tak mustahil kalau wujud seorang DIKTATOR YANG BAIK yg mampu laksanakan perkara ini.

    Hal pasal "bila kena, sama rasa" tu pd aku susah sikit nak faham..biasanya bila kena durian runtuh memang ramai yg nak sama2 rasa, tapi bila kena saman lu bayar sendiri la...

    e'eeh tak sedar byk pulak aku menaip..teruja pulak dgn topik ni